Fungsi dan Objektif Unit Integriti

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertarikh 24 Julai 2013 memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

1. Tadbir Urus

- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

 2. Pengukuhan Integriti

- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

 3. Pengurusan Aduan

- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumbalas mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.

 4. Pematuhan

- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

5. Pengesanan dan Pengesahan

- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan 

- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

 6. Tatatertib

- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

 

Objektif Seksyen Pengukuhan Integriti, Pematuhan, Tadbir Urus dan Pengurusan Aduan.

  • Melaksanakan program bagi peningkatan dan pengukuhan integriti;
  • Melaksanakan aktiviti berkenaan dengan pematuhan;
  • Melaksanakan pengukuhan dan aktiviti yang meningkatkan tadbir urus UiTM; dan
  • Melaksanakan semakan dan siasatan kepada aduan berkenaan integriti yang diterima.

 

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam unutk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut :

 

  • Memaklumkan keputusan tindakan tatatertib kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
  • Memaklumkan keputusan rayuan tatatertib kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
  • Mendaftar dan memaklumkan terimaan Surat Aku Janji kepada staf berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Memaklumkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan UiTM (Perisytiharan Harta dan Liabiliti) kepada staf berkenaan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh mesyuarat.
  • Mengambil tindakan dan arahan susulan terhadap laporan kad perakam waktu Jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
  • Memaklumkan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti mengenai tindakan surcaj kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh keputusan mesyuarat diterima.