Sejarah Unit Integriti bermula dengan tertubuhnya Bahagian Pengurusan Disiplin pada 16 Jun 1997. Pada masa itu, bahagian ini diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar dan melapor terus kepada Pendaftar. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertarikh 24 Julai 2013 memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan berkaitan integriti di semua agensi awam. Rentetan itu, pada 1 Januari 2014, unit ini dengan rasminya dinamakan Unit Integriti dan diletakkan di bawah Pejabat Canseleri dan melapor terus kepada Naib Canselor. 

Objektif Unit Integriti (UI) adalah bagi memastikan enam (6) fungsi teras Unit Integriti dijalankan mengikut matlamat penubuhannya iaitu :

 

Unit ini diketuai oleh seorang (1) Ketua dan dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pendaftar Kanan, dua (2) orang Pegawai Eksekutif, empat (4) orang Kerani Kanan, tiga (3) orang Kerani dan seorang (1) Pembantu Operasi.