TINJAU LAGI

Sentiasa Bersama #KeluargaUiTM Di Capaian Lain

  

23 Oktober 2025 - Majlis Ucaptama Ketua Pesuruhjaya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ikrar Bebas Rasuah disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bahagian Integriti, UiTM

Tahniah Hospital Al-Sultan Abdullah atas penganjuran ceramah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat PTJ. Terima kasih atas sokongan dalam pelaksanaan Majlis IBR selaras dengan Pekeliling Naib Canselor Bil. 09 Tahun 2022 Pelaksanaan Penganjuran Majlis Ikrar Bebas Rasuah di UiTM. Penghargaan turut diberikan kepada SPRM Negeri Selangor atas sokongan yang diberikan dalam menghadiri serta menyaksikan IBR peringkat PTJ di UiTM.

Bahagian Integriti, UiTM

Terima kasih diucapkan kepada Penerbit UiTM atas peranan dan usaha yang berterusan dalam memacu agenda tatakelola UiTM di bawah Jawatankuasa Tatakelola UiTM.

Bahagian Integriti, UiTM

Integriti bukan sekadar menolak rasuah sahaja, sebaliknya integriti itu mencakupi segala ruang lingkup dalam kehidupan yang berteraskan amanah, tanggungjawab, akauntabiliti dan kejujuran yang diterjemahkan melalui keperibadian dan sikap manusia itu sendiri.

Ikuti kupasan tajuk INTEGRITI CERMINAN IMAN dalam siaran langsung FORUM PERDANA EHWAL ISLAM, Khamis ini 9.00 malam hanya di TV1

Bahagian Integriti, UiTM

JERAYAWARA BERSAMA FAKULTI UNDANG-UNDANG

18.10.2024 (Jumaat) – Syabas dan terima kasih kepada PM Dr Nur Ezan Rahmat, Fakulti Undang-Undang di atas kejayaan dan komitmen dalam penganjuran program ‘Jerayawara “Anda Tanya, Bahagian Integriti Jawab” Siri 5 Tahun 2024.

Bahagian Integriti, UiTM

NEWS


Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd. Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM atas pelanjutan pentauliahan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) bagi tempoh 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2027.

HUBUNGI KAMI

 

Bahagian Integriti
Aras 2, Student Research Room
Arsyad Ayub Graduate Business School
Kompleks Al-Farabi, Jalan Usahawan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

03-5544 3150

 

bahagianintegriti@uitm.edu.my