Perisytiharan Harta & Liabiliti / Surat Aku Janji

Soalan 1 : Siapa yang perlu mengisi SAJ / BPHL?

Jawapan : Setiap pegawai awam adalah diwajibkan menandatangani SAJ seperti yang ditetapkan Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 / 2002 yang menerimapakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001 dan mengisi BPHL seperti arahan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 / 2006.

Soalan 2   : Di mana SAJ / BPHL boleh didapati?

Jawapan : SAJ boleh diperolehi di Unit Integriti. Walau bagaimanapun bagi staf baru dilantik, SAJ / BPHL ada dilampirkan bersama Surat Tawaran Kerja.

Soalan 3 : Apakah tindakan yang akan diambil jika seseorang itu tidak menandatangani SAJ / BPHL?

Jawapan : Setiap pegawai awam diwajibkan menandatangani SAJ / BPHL dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan staf dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605].