Sejarah Unit Integriti

 

 

Unit Integriti bermula dengan tertubuhnya Bahagian Pengurusan Disiplin pada 16 Jun 1997.  Pada masa itu, bahagian ini diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar dan melapor terus kepada Pendaftar. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 bertarikh 24 Julai 2013 memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan berkaitan integriti di semua agensi awam. Rentetan itu, pada 1 Januari 2014, unit ini dengan rasminya dinamakan Unit Integriti dan diletakkan di bawah Pejabat Canseleri dan melapor terus kepada Naib Canselor

Unit Integriti Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan dengan penggabungan Bahagian Pengurusan Disiplin, Pejabat Pendaftar dan Unit Dasar dan Governan, Pejabat Pendaftar. Unit Integriti kini ditempatkan di Aras 5, Kompleks Al-Farabi, Jalan Usahawan, Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.