Soalan 1 : Adalah staf dibenarkan untuk menjalankan pekerjaan luar (termasuk menubuhkan syarikat/ perniagaan persendirian)?
Jawapan : Staf dibenarkan melakukan pekerjaan luar setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan setelah mengambilkira syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Akta 605.
-
Naib Canselor bagi ahli mesyuarat pengurusan kanan dan rektor kampus;
-
Rektor kampus bagi staf kampus negeri dan kampus di dalam negeri yang sama;
-
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi staf akademik UiTM Shah Alam; dan
-
Pendaftar bagi staf pentadbiran UiTM Shah Alam.
(Pekeliling Pendaftar Bilangan 02/2013: Garis Panduan Melakukan Pekerjaan Luar)