TEROKAI KAMI
Universiti Tanpa Sempadan, Institusi Tanpa Batas
UiTM DI MATA DUNIA
Lihat aspirasi kami menuju Universiti Tersohor Dunia menjelang 2025. UiTM Digital Map of Global Strategic Partnership
TINJAU LAGI
Sentiasa Bersama #KeluargaUiTM Di Capaian Lain
TINJAU LAGI
Sentiasa Bersama #KeluargaUiTM Di Capaian Lain

23 Oktober 2025 - Majlis Ucaptama Ketua Pesuruhjaya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ikrar Bebas Rasuah disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tahniah Hospital Al-Sultan Abdullah atas penganjuran ceramah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat PTJ. Terima kasih atas sokongan dalam pelaksanaan Majlis IBR selaras dengan Pekeliling Naib Canselor Bil. 09 Tahun 2022 Pelaksanaan Penganjuran Majlis Ikrar Bebas Rasuah di UiTM. Penghargaan turut diberikan kepada SPRM Negeri Selangor atas sokongan yang diberikan dalam menghadiri serta menyaksikan IBR peringkat PTJ di UiTM.

Terima kasih diucapkan kepada Penerbit UiTM atas peranan dan usaha yang berterusan dalam memacu agenda tatakelola UiTM di bawah Jawatankuasa Tatakelola UiTM.

6 Februari 2026 — Bahagian Integriti Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Kunjungan Hormat serta Perbincangan Inisiatif Kolaborasi ke Mahkamah Negeri Selangor bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai inisiatif kolaborasi yang berpotensi untuk dilaksanakan di peringkat UiTM, khususnya dalam aspek perkongsian ilmu dan pemantapan kefahaman berkaitan tadbir urus serta sistem kehakiman.

16 Februari 2026 — Bahagian Integriti Universiti Teknologi MARA telah mengadakan Kunjungan Hormat serta Perbincangan Inisiatif Kolaborasi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam aspek pematuhan dan penguatkuasaan peraturan jalan raya. Turut serta dalam kunjungan ini ialah DSP/PB Tuan Mohd Zaidi Razali, Timbalan Ketua Polis Bantuan dari Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM.
NEWS
Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd. Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM atas pelanjutan pentauliahan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) bagi tempoh 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2027.






